Total Pageviews

Sunday 9 December 2018

Kemangi Ubat Batuk


Gambar menunjukkan pokok herba kemangi merah. Ianya amat berkhasiat dan telah lama digunakan dalam perubatan Ayurvedic India. 

Kemangi merah boleh meningkatkan kekebalan imun sistem badan manusia. Sangat sedap dibuat ulam. Kelulut menggemari bunganya.

Nama lain kemangi merah adalah Thulasi. masyarakat India amat menyukai ulaman ini. Namun demikian, walaupun telah 2000 tahun digunakan oleh perubatan Ayurvedic orang India, sy ada mendengar bahawa hakcipta untuk dijadikan ubat (patentship) telah diambil oleh pihak Barat.

Selain kemangi merah terdapat juga herba kemangi hijau yang lebih lasak ketahanan hidupnya jika dibandingkan dengan kemangi merah yang agak manja penjagaannya.

 .

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.