Last
saturday, saya meng"offer" diri untuk jadi volunteer di sebuah rumah
warga Tua.. memandangkan kekurangan volunteer, saya mengajak cousins saya,
Comel n Angah untuk sama-sama membantu menjayakan project yang dianjurkan oleh
kawan saya, Afiq...
Kami
tiba di rumah warga tua jam 9.30 am dan program sepatutnya bermula jam 10 am..
efficient kan kami... hihihi.. kaki saya menggigil untuk melangkah ke rumah
warga Tua Sri Tanjung, Kuang Selangor... Ya Allah.. terlalu banyak sangat
perasaan.. takut.. sedih.. segala-galanya... Dengan kuat, kaki melangkah masuk
ke rumah warga Tua.. Nenek-nenek, kakak-kakak, atuk-atuk semua memerhatikan kami
sambil tersenyum.. ya Allah.. senyuman yang terukir di bibir mereka
mengingatkan saya kepada arwah Atok, arwah Bapak (atok lelaki sebelah mak),
Arwah Tok Ba, Arwah Opah... rindu yang teramat kepada mereka.. pertama kali
saya melihat mereka, airmata saya mula bergelinang.. dalam hati saya hanya
minta Allah kuatkan semangat saya bertemu mereka...
Setelah
semua nya sampai (nurse dari Kolej Jururawat), saya mulakan program.. Saya
menjadi emcee untuk majlis yang serba ringkas.. setelah semua ucapan selesai, kami
memulakan program kami yang secara santai.. saya dan cousins saya memulakan
dengan memberi mereka kuih.. ya Allah.. saya usap tangan tua... rindu nya kat
Atok! rindunya kat Opah! rindunya kat Bapak! rindunya kat Tok Ba! saya melayan
kerenah-kerenah Nenek ni... seronok nya... korang tahu, nenek-nenek ni semua
educated.. They can speak English very well!! ada sorang nenek ni, bisik di
telinga saya, "nenek suka awak.. u're nice.. macam cucu nenek..tapi
diaorang jarang datang..." diciumnya saya... ya Allah.. sekali lagi nenek
ni buat saya mengalir airmata... Pada saya mereka ini hanya menunggu waktu
bertemu Ilahi...
Saya
ke seorang nenek yang dah tak mampu bergerak lagi.. Dia mengadu dia bosan...
saya bisik kat dia, "nenek.. saya kan ada ni.. mana nenek bosan lagi
dah.." digenggam erat tangan saya... saya hanya ketawa walaupun saya tak
berapa faham apa yang diperkatakan... akhirnya nenek ni tersenyum.. saya
bermain tangan dia.. dia gelak.. (ya Allah.. mengalir airmata saya mengingat
kembali segalanya...)
Saya
seterusnya ke seorang lagi nenek... Nenek ni sangat comel.. Orang panggil nenek
ni Wan.. Wan ni kene cakap lembut-lembut dengan dia.. saya percaya masa dia
muda dia sangat cantik.. sebab Wan sangat comel! Wan tak nak minum air... saya
cuba pujuk dia habiskan air... "Wan.. habiskan air ni ya.. nanti Wan
sihat.. boleh jalan-jalan.." yes! saya berjaya memujuk Wan.. Wan habiskan
juga air secawan...
Ada
seorang nenek ni kan.. umur dia dah 101 tahun.. dia tak nyanyuk.. tetapi macam
umur 80 tahun!! ya Allah.. apalah rahsia nenek ni nampak muda.. saya tanya
nenek ni.. nenek kata dia makan ulam-ulaman masa muda... wah.. lepas ni saya
nak ikut petua nenek ni la.... hihihi.. menurut Mak Long (owner rumah warga
tua), penghuni di situ seramai 30 orang dan yang betul-betul waras hanya 5
orang sahaja, selebihnya dah nyanyuk.. patutlah kami berborak dengan seorang
nenek, kami ingat dia antara yang waras.. sebab muda lagi.. tapi bila dah
berborak.. ohh!! nenek ni pun dah nyanyuk juga rupanya...
Tertarik
dengan salah seorang penghuni antara yang termuda.. kak Farah.. umurnya 42
tahun... sangat menyayat hati ceritanya tentang dia... Dia seorang lawyer,
seorang isteri dan seorang ibu... ketika umur dia 33 tahun, Allah
mengujinya..Rupanya dari kecil, satu saraf otak dia halus/kecik, mcm tu la
lebih kurang.. dan dia pulak pernah accident... jadi ketika dia menyusukan anak
dia, saraf otak tu pecah akibat tekanan dan dia mengalami pendarahan dalam
otak.. dia menjalani pembedahan membuang darah beku di kepala.. pembedahan
berjaya dilakukan... ditebuk kepala depan nya (nampak lekuk).. tetapi dia
separuh paralyze.. sebelah kanan.. dan dia mengalami masalah sukar untuk
bercakap, menangkap kata-kata apa yang orang cakap.. tetapi dia sangat hebat
speaking english.. husband dia hantar dia di rumah warga tua memandangkan tiada
siapa yang boleh menjaga dia.. husband dia tidak menceraikan dia.. setiap
minggu husband dia akan bawa anak-anak dia, Adam dan Sarah untuk melawat dia...
bayangkan.. umur dia masih muda tetapi dia dah berada di rumah warga tua..
paling tidak lagi 20 tahun dia akan menghabiskan masa di rumah tu... masa saya
tegur dia buat pertama kali, perkataan yang dia cakap kat saya, "I like
you!" saya memberikan senyuman dan duduk di sebelah dia sambil berborak..
kami lebih banyak menulis di buku conteng dia.. Semalam dia call saya,
saya agak payah untuk faham, tapi saya cuba.. "Kak Farah rindu Hajar..
Bila Hajar nak datang tengok kak Farah?" InsyaAllah, saya cakap dengan dia
this weekend saya datang tengok dia, saya pun rindu sangat pada dia...Saya
offer untuk belikan dia coklat tapi dia tak nak.. Dia kata dia bosan.. Dia
minta saya bawakkan English novel.. She can read.. tapi lambat la tangkap nya..
So, sekarang ni saya sedang mengumpulkan novel-novel English and Malay saya untuk
beri pada dia.. Sesiapa yang ada novel tapi tak nak dah, bagi saya ok! saya
kasikan pada dia.. at least dia ada activity... dia mengakhiri conversation
kami di telefon.. "I luv u so much Hajar!".. itu yang dia katakan
pada saya sehingga saya menangis... (haiissh.. cengeng sungguh Hajar ni
rupanya..) " I luv u too three four five kak Farah!!"
Bila
saya balik, duduk sorang-sorang, saya berfikir.. kenapalah mereka ini
menghantar emak-emak mereka ke rumah warga tua ni? rumah warga tua ini berbayar
setiap bulan... bukan seperti rumah pengasih... nak dikatakan mereka orang
susah, saya tak rasa.. kerana ketika saya datang, hari sabtu memang ramai
keluarga datang melawat.. yang datang datuk datin... dan yang menghuni di rumah
warga tua juga bukan cikai-cikai... datin-datin, mak engku, manager... tapi kat
mana anak-anak mereka ini??? kalau seorang ibu boleh membesarkan 10 orang anak,
susah sangat ke 10 orang anak nak menjaga seorang ibu?? panggil maid pun sama
je bayar di rumah warga tua tu.. ada yang kata "rumah warga tua lebih
terjaga".. mereka lihat tak apa yang orang-orang tua ni rasa?? jujur saya
katakan.. ketika saya lihat mereka kurang dari 2 jam, saya yang stress.. saya
tahu kenapa mereka kena tekanan perasaan.. sejak dari pagi, sampai la ke malam
setiap hari membuat activity yang sama... pukul 8 pagi sehingga 12 tengahari..
depan mata saya sendiri, mereka duduk sesama mereka, tidak berborak.. hanya
memandang kiri dan kanan... no musics.. no television... setiap hari.. saya
rasa sehingga mereka mati mungkin.. saya memang cukup pelik... tak kesian ke
kat mereka?? mendera mental mereka lagi-lagi dah tua... saya nak korang buka
mata... jangan sampai kita jadi manusia yang kejam menghantar mak ayah di rumah
warga tua... ada seorang nenek ni tanya saya, "kenapa tangkap gambar
kami?" saya cakap.. saya nak buka hati mereka yang buta ni Nenenk.. supaya
jangan nanti satu hari nanti mereka abaikan orang tua mereka.. Nenek ni senyum
kat saya sambil usap saya... korang ingat pesan hajar ni.. jangan sampai hantar
mak ayah di rumah warga tua..
Ada
juga yang mereka kata, kebanyakan orang tua yang dihantar anak-anak mereka
adalah kerana dendam.. dendam anak kepada emak ketika kecik.. hukum karma
kununnya..ya Allah.. mana boleh seorang anak berdendam dengan seorang emak...
jangan sesekali kita berdendam, takut tak bau syurga.. Jika seorang emak tidak
meredhakan sesuatu, bukan nya syurga, bau syurga pun tak dapat...
Dari
Muawiyah bin Jahimah yang datang kepada Nabi s.a.w. dan berkata: "Wahai
Rasulullah, aku ingin pergi berperang, aku datang untuk meminta
pandangan-mu."Nabi s.a.w. bertanya: Apakah kamu mempunyai ibu? Jawabnya:
"Ya". Sabda Nabi s.a.w.:Peliharalah (berbuat baiklah kepada) dia,
sesungguhnya syurga berada di bawah dua kakinya."
Bila
saya melihat sendiri keadaan ini dihadapan mata saya, selagi saya hidup, saya
akan menjaga mak abah saya dan juga bakal mak abah mertua saya... "Ya
Allah.. berikanlah aku kekuatan untuk menjalankan tanggungjawab ku sebagai
seorang anak..." Bila saya ada anak nanti, saya akan pastikan anak saya
akan sentiasa saya bawa untuk melawat orang-orang tua.. anak-anak yatim.. kalau
boleh letak mereka bersama anak-anak yatim ketika hujung minggu.. supaya mereka
tahu untuk menghargai diri mereka yang masih ada mak ayah... yang hidup dengan
penuh nikmat Allah.. InsyaAllah.. semoga bakal anak-anak saya nanti jadi anak
yang soleh dan solehah..dan bila saya dan bakal suami saya tua, mereka akan
jaga kami dengan baik... Ameen.. hihihi...
Ok
lah.. saya tak mampu untuk mencoret panjang lebar.. mana tak nya, sepanjang
tulis.. airmata saya mengalir je.. haiisshh.. tak kuat la Hajar ni... ini
beberapa gambar saya bersama sebahagian hidup saya... :)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.