"Syarif Kulapu @ Datu Lapu-lapu"
- Pejuang Islam yang digelapkan oleh sejarahwan Filipina-
Kulapu (Bahasa Sulu) bermaksud
Kerapu (Bahasa Melayu) Lapu-lapu (Tagalog)
Syarif Kulapu di dalam cerita
lisan Sulu adalah seorang Syarif yang mengetuai pengislaman di Kepulauan
Visayas, beliau diberi nama Kulapu oleh kerana kulitnya yang berkurap, di sini
sejarahrawan Filipina mendakwa beliau bukan berkurap, tetapi bertatto dan bukan
beragama Islam.
Filipina dengan tipu daya walau
macam mana pun, orang-orang Cebu yang berpengetahuan dan jujur tetap mengatakan
Lapu-lapu itu adalah seorang yang beragama Islam, ini dibuktikan lagi selepas
peristiwa perang di mactan, Lapu-lapu pernah menghantar amaran ke Istana Sulu,
Istana Brunei dan juga Istana di Manila.
"Perang Salib di
Pulau Mactan"
27 april, 1521 ketua tentera
salib Ferdinand Magellan (seorang portugis yang berkhidmat pada raja sepanyol)
menyerbu pulau mactan dengan begitu angkuh, angkuh kerana Raja Cebu Raja
Humabon yang sudah murtad ingin memberi bantuan dari segi ketenteraan, namun
Magellan menolak pelawaan Raja Humabun yang murtad itu, sama taraf murtadnya
dengan Awang Hitam atau Enrique the black.
Setibanya Magellan di pulau
mactan, angkatan tentera salibnya disambut dengan begitu meriah oleh Syarif
Kulapu bersama-sama dengan sahabat-sahabatnya yang lain, alangkah terkejutnya
Magellan, Tombak, Keris, Rentaka, Panah dan bermacam-macam lagi jenis senjata
yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan pulau itu, satu persatu tentera salib
sepanyol berjaya dibunuh oleh pahlawan-pahlawan Islam pulau itu, termasuk
Ferdinand Magellan menerima nasib yang sama turut terbunuh dalam peristiwa
perang Pulau Mactan di Cebu.
Nama-nama Kapal yang digunakan
Magellan
1.Victoria
2.Conception
3.Santiago
4.San Antonio dan
5.Trinidad
Dengan kematian Ferdinand
Magellan, hanya satu kapal sahaja yang berjaya kembali ke sepanyol ia itu
"Vitoria" yang dinaiki oleh lapan(8) orang sahaja, yang berjaya
boloskan diri...
Sesetengah
sejahrawan berpandapat, si Datu Lapu-lapu adalah orang Bajau, orang Sulu, orang
Bugis, orang Bisaya bahkan ada yang mendakwa beliau adalah Laksamana Hang Tuah,
namun yang paling penting dalam sejarah Datu Lapu-lapu, dia pertahankan
agamanya dari serangan tentera salib itu, tidak seperti Raja Cebu itu, Raja Humabun
murtad kerana dipu daya Sepanyol...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.