Dirikan
sembahyang keluarkan zakat
https://myislam.org/quran-transliteration/
Maha Benar Allah yang Maha Agung
2:2 Kitab itu tidak ada keraguan padanya, jadi petunjuk
bagi orang orang-orang yang taqwa.
2:3 Iaitu orang-orang yang beriman kepada yang ghaib,
mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan
kepada mereka.
2:4 Dan orang-orang yang beriman kepada yang diturunkan
kepada engkau dan yang diturunkan sebelum engkau, sedang mereka itu yakin akan
adanya akhirat.
2:5 Mereka itu atas petunjuk daripada Tuhannya, dan mereka
itulah orang-orang yang menang.
2:43 Dan dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat, dan
rukuklah bersama orang orang yang rukuk.
2:83 Ketika Kami ambil janji Bani Israil, bahawa tidak
boleh kamu sembah, selain Allah dan berbuat baik kepada ibu bapa, karib
kirabat, anak anak yatim dan orang orang miskin; dan katakanlah kepada manusia
perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat, kemudian
kamu berpaling (tiada menurut perintah itu), kecuali sedikit di antara mu,
sedang kamu tetap berpaling.
2:143 Begitulah Kami jadikan kamu umat yang pertengahan,
supaya kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia, dan Rasul menjadi saksi pula
atas perbuatanmu. Tiadalah Kami jadikan kiblat engkau yang dahulu itu,
melainkan supaya Kami ketahui orang2 yang mengikut Rasul dari pada orang yang
kembali kepada kekafiran. Sesungguhnya yang demikian itu amat berat, kecuali
atas orang2 yang ditunjuki Allah. Allah tiada menyia nyiakan keimanan kamu.
Sungguh Allah Pengasih lagi Penyayang kepada manusia.
2:177 Bukanlah kebaikan bahawa kamu hadapkan mukamu arah ke
timur dan kebarat, tetapi yang kebaikan itu ialah orang beriman kepada Allah,
hari yang kemudian, malaikat, Kitab2 dan nabi2; dan dia memberikan harta yang
dikasihinya kepada karib kirabatnya, anak2 yatim, orang2 miskin, orang
berjalan, orang2 yang meminta dan untuk memerdekakan hamba sahaya, serta ia
mendirikan solat, memberikan zakat, menepati janji, bila ia berjanji dan
berhati sabar atas kemiskinan, kemelaratan dan ketika peperangan. Mereka itulah
orang orang yang benar dan mereka itulah orang orang yang taqwa.
2:238
Peliharakanlah segala sembahyang dan sembahyang yang pilihan (‘Ashar). Berdirilah
kerana Allah, serta menta’atiNya.
2:239 Jika kamu takut, maka (boleh sembahyang) berjalan
kaki atau berkenderaan. Apabila kamu telah aman, maka ingatlah akan Allah,
sebagaimana Dia telah mengajarkan kepadamu apa apa yang tiada kamu ketahui.
2:277 Sesungguhnya
orang2 yang beriman dan mengamalkan salih, lagi mendirikan sembahyang dan
membayarkan zakat, untuk mereka itu pahala di sisi Tuhannya dan tak ada
ketakutan atas mereka dan tiada mereka berduka cita.
3:191 (Yaitu) orang orang yang mengingat Allah ketika berdiri, duduk dan waktu berbaring; dan
mereka memikirkan kejadian langit dan bumi, (sambil berkata): Ya Tuhan kami,
bukanlah Engkau jadikan ini dengan percuma (sia2). Mahasuci Engkau, maka
peliharakanlah kami dari siksaan neraka.
4:77 Tidakkah engkau ketahui orang2 yang dikatakan
kepadanya: Tahanlah kedua tanganmu (dari memerangi orang2 kafir) dan dirikanlah
sembahyang dan bayarkanlah zakat. Tatkala diperlukan peperangan atas mereka
itu, tiba tiba segolongan diantara mereka takut kepada manusia, seperti
ketakutan kepada Allah, atau lebih takut. Mereka itu berkata: Ya Tuhan kami,
mengapakah Engkau perlukan peperangan di atas kami, mengapakah tidak Engkau
undurkan (wafatkan) kami, sehingga waktu yang dekat? Katakanlah: Kesenangan
dunia cuma sedikit dan akhirat lebih
baik bagi orang2 yang taqwa; sedang kamu tiada teraniaya sedikitpun.
4:103 Apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang,
hendaklah kamu ingat akan Allah waktu berdiri
dan duduk dan berbaring. Apabila kamu telah aman (tiada berperang lagi),
maka dirikanlah sembahyang (sebaik baiknya). Sesungguhnya sembahyang itu
diperlukan atas orang2 mukmin pada waktunya.
4:162 Tetapi orang orang yang dalam ilmu pengetahuan di antara mereka dan
orang orang beriman, mereka itu beriman kepada (Kitab) yang diturunkan kepada
engkau dan yang diturunkan sebelum engkau dan mendirikan sembahyang dan
memberikan zakat, serta beriman kepada Allah dan hari yang kemudian. Mereka itu
akan Kami berikan pahala yang besar.
6:72 Dirikanlah sembahyang dan takutlah kepadaNya (Allah).
Dan kamu akan dihimpunkan kepadaNya.
6:162 Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku,
hidupku dan matiku semuanya bagi Allah, Tuhan semesta alam.
7:170 Orang orang yang berpegang kepada kitab dan
mendirikan sembahyang, sesungguhnya Kami tiada menyia nyiakan pahala orang
orang yang berbuat baik itu.
8:2 Sesungguhnya orang orang beriman ialah orang orang bila
disebut Allah gemetar hatinya, dan apabila dibacakan ayat ayat Allah kepadanya,
bertambah imannya, sedang mereka itu bertawakkal kepada Tuhannya.
8:3 (Dan) orang orang yang mendirikan sembahyang dan
menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepadanya.
8:4 Mereka
itulah orang orang yang sebenarnya beriman. Untuk mereka darjat (yang tinggi)
di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki yang mulia.
9:5 Maka apabila
telah habis bulan suci, hendaklah perangi orang2 musyrik dimana kamu jumpai dan
hendaklah ambil mereka itu menjadi tawanan dan kepunglah mereka dan duduklah
mengintip mereka pada tiap tiap jalan yang dilaluinya. Jika mereka taubat dan
mendirikan sembahyang serta mengeluarkan zakat, maka bebaskanlah jalan mereka.
Sesungguhnya Allah Pengampun lagi Penyayang.
9:11 Jika mereka
taubat dan mendirikan sembahyang serta mengeluarkan zakat, maka mereka itu
menjadi saudaramu dalam agama. Kami terangkan ayat ayat itu kepada kaum yang
mau mengetahui.
9:18 Hanya yang memakmurkan masjid Allah ialah orang yang
beriman kepada Allah dan hari yang kemudian serta mendirikan sembahyang dan
mengeluarkan zakat, sedang ia tiada takut melainkan kepada Allah. Maka mudah
mudahan mereka itu termasuk orang orang yang mendapat petunjuk.
9:112 Mereka orang orang yang taubat, yang beribadat, yang
memuji (Allah), yang berpuasa (atau mengembara menuntut ilmu), yang rukuk, yang
sujud, yang menyuruh dengan maaruf dan melarang yang mungkar, lagi memelihara
batas batas (perintah) Allah. Berilah khabar gembira orang orang yang beriman
itu (dengan syurga).
11:23
Sesungguhnya orang orang yang beriman dan beramal salih dan tenteram hati
mereka terhadap Tuhannya, mereka itu penghuni syurga serta kekal di dalamnya.
11:114 Dirikanlah sembahyang diwaktu dua tepi siang (pagi
dan petang) dan sebahagian dari pada malam. Sesungguhnya kebaikan menghapuskan
kejahatan. Demikian itu peringatan bagi orang orang yang mau ingat.
13:19 Adakah
orang yang mengetahui, bahawa Quran yang diturunkan kepada Engkau dari Tuhanmu,
adalah suatu kebenaran, serupa dengan orang yang buta (tiada mengetahui)? Hanya
orang orang yang berakal, menerima pengajaran.
13:20 (Iaitu) orang orang yang menepati janji Allah dan
mereka tiada memungkiri janji.
13:21 Dan orang orang yang memperhubungkan apa yang
diperintahkan Allah, supaya diperhubungkan (iaitu silaturrahim), lagi mereka
takut kepada Tuhannya dan takut akan perhitungan yang keras.
13:22 Orang2 yang sabar, kerana mengharapkan keredhaan
Tuhannya, mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami
berikan kepada mereka dengan bersembunyi dan
berterang terang, dan mereka menolak kejahatan dengan kebajikan, untuk
mereka itu akibat (yang baik) di kampung (akhirat),
13:23 (Iaitu) syurga
Aden, mereka masuk ke dalamnya bersama orang orang yang salih di antara
bapak2nya, isteri isterinya dan anak anaknya, sedang malaikat masuk kepada
mereka dari tiap tiap pintu.
13:24 (Lalu mengucapkan):
Salamun ‘alaikum (keselamatan atas kamu) , kerana kamu telah sabar, maka
sebaik baiknyalah akibat di kampung itu (syurga).
14:31 Katakanlah kepada hamba2Ku yang beriman, supaya
mereka mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami
anugerahkan kepada mereka dengan bersembunyi dan berterang terang, sebelum tiba
hari yang tidak ada berjual beli dan tidak pula berteman pada hari itu.
14:37 Ya Tuhan kami!
Sesungguhnya aku telah menempatkan anak anakku di lembah yang tiada bertanam
tanaman (Makkah) di sisi rumah Engkau (Kaabah) yang suci. Ya Tuhan kami! Supaya
mereka mendirikan sembahyang. Sebab itu hendaklah Engkau jadikan hati manusia
rindu kepada mereka dan beri rezekilah mereka dengan buah buahan, mudah mudahan
mereka berterimakasih.
14:40 Ya Tuhanku! Jadikanlah
aku seorang yang mendirikan sembahyang, begitupun anak anakku. Ya Tuhan kami!
Dan perkenankanlah doaku!
14:41 Ya Tuhan kami!
Ampunilah aku dan dua orang ibu bapaku dan orang orang yang beriman pada hari
menetapkan perhitungan (waktu berhisab).
17:78 Dirikanlah sembahyang dari condong matahari sampai
gelap malam dan Quran fajar (sembahyang subuh). Sesungguhnya Quran fajar itu
dipersaksikan (oleh malaikat).
17:79 Pada malam
hari, hendaklah engkau bertahajud (berjaga untuk sembahyang malam) sebagai
tambahan untuk engkau, mudah mudahan Tuhan mengangkat engkau ke tempat yang
terpuji.
20:130 Sebab
itu, sabarlah engkau atas apa yang mereka katakan dan tasbihlah serta memuji
Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan di waktu malam,
hendaklah engkau tasbih pula dan lagi di waktu tepi siang (pagi & petang),
mudah mudahan engkau suka (menerima pahala).
20:131 Janganlah engkau layangkan kedua matamu kepada
perhiasan yang Kami berikan kepada bermacam macam orang di antara mereka,
sebagai bunga hidup di dunia, supaya mereka kami cobai dengan demikian itu. Dan
rezeki Tuhanmu (dalam syurga), lebih baik dan lebih kekal.
20:132 Suruhlah keluarga engkau (mendirikan) sembahyang dan
sabarkanlah hatinya untuk mengerjakannya. Kami tiada meminta rezeki kepadamu.
Kami yang memberi rezeki kepadamu. Akibat yang baik (Syurga) adalah untuk orang
yang taqwa.
22:31 Serta
cenderung kepada Allah, tanpa mempersekutukanNya. Barang siapa mempersekutukan
Allah, maka seolah olah ia telah jatuh (tersungkur) dari langit, lalu disambar
burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.
22:34 Untuk tiap
tiap umat Kami adakan tempat beribadat, supaya mereka menyebut nama Allah, atas
(rezeki) yang diberikanNya kepada mereka, iaitu (daging) binatang ternak. Maka
Tuhan kamu ialah Tuhan yang Esa, maka patuhlah kamu kepadaNya dan berilah
khabar gembira orang orang yang ta’at.
22:35 (Iaitu)
orang orang, apabila disebut nama Allah, gemetar hatinya ketakutan dan orang
orang yang sabar atas cobaan yang menimpanya dan orang orang yang mendirikan
sembahyang dan orang orang yang menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan
kepadanya.
22:36
(Mengorbankan ) unta Kami jadikan untukmu sebagian syiar syiar (agama) Allah,
untukmu ada kebaikan di dalamnya. Sebab itu sebutlah nama Allah ketika
menyembelihnya, (ketika ia masih berdiri). Apabila ia telah jatuh ke tanah
(mati), makanlah sebagiannya dan berilah makan orang yang tidak meminta dan
orang yang meminta. Demikianlah Kami tundukkan (serahkan) hewan itu kepadamu,
mudah mudahan kamu berterima kasih.
22:37 Daging dan
darahnya tiada sampai kepada Allah, tetapi taqwa daripadamulah yang sampai
kepadaNya. Demikianlah Dia (Allah)
menyerahkan hewan untukmu, supaya kamu membesarkan Allah atas apa yang
telah ditunjukkanNya kepadamu. Dan berilah kabar gembira orang orang yang
berbuat kebaikan.
22:41 Mereka, jika Kami beri tempat (kekuasaan) di muka
bumi, mereka mendirikan sembahyang dan membayarkan zakat serta menyuruh dengan
ma’ruf (kebaikan) dan melarang yang mungkar (kejahatan). Dan kepada Allah
(terserah) akibat semua pekerjaan.
22:78
Berjuanglah kamu pada (agama) Allah dengan sebenar benar perjuangan. Dia telah
memilih kamu dan tiada mengadakan kesempitan bagimu dalam agama, seperti agama
bapamu Ibrahim. Dia (Allah) menamakan kamu orang Islam dari dahulu dan dalam
ini (Quran), supaya rasul menjadi saksi terhadap kamu dan kamu menjadi saksi
pula terhadap manusia. Maka dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat dan
berpegang teguhlah kepada Allah. Dia wali kamu; Maka Dia sebaik baik wali dan
sebaik baik penolong.
24:56 Dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat dan
ikutlah rasul, mudah mudahan kamu mendapat rahmat.
25:64 Dan orang orang yang pada malam hari bersujud dan
sembahyang pada Tuhannya.
27:3 (Iaitu)
orang orang yang mendirikan sembahyang dan membayarkan zakat, sedang mereka
yakin akan adanya akhirat.
29:45 Bacakanlah (Ya Muhammad) apa apa yang diwahyukan
kepada mu di antara kitab, dan dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang
itu melarang memperbuat yang keji dan yang mungkar. Sesungguhnya mengingat
Allah terlebih besar (faedahnya). Allah Mahamengetahui apa apa yang kamu
usahakan.
30:31 Hendaklah kamu kembali (taubat) kepadaNya dan
takutlah kepadaNya dan dirikanlah sembahyang dan janganlah kamu termasuk orang
orang yang musyrik (mempersekutukan Allah),
31:1 Alif laam
miim.
31:2 Itulah ayat
ayat Kitab yang berisi hikmah,
31:3 Jadi
petunjuk dan rahmat bagi orang orang yang memperbuat kebaikan,
31:4 (Iaitu)
orang orang yang mendirikan sembahyang dan membayarkan zakat, sedang mereka
berhati yakin akan akhirat.
31:5 Mereka itu
atas petunjuk daripada Tuhannya, dan mereka itulah yang menang.
31:17 Hai anakku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah orang
(memperbuat) yang ma’ruf (yang baik) dan laranglah (memperbuat) yang mungkar
(haram), serta sabarlah atas cobaan yang menimpa engkau. Sesungguhnya demikian
itu pekerjaan yang dicita citakan.
32:16 Rusuk (lambung) mereka terjauh dari tempat berbaring
( kurang tidur malam hari ), sedang mereka memohon kepada Tuhannya dengan
ketakutan dan harapan, dan mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami
berikan kepadanya.
32:17 Seseorang tidak mengetahui, apa yang disembunyikan
untuknya di antara bermacam macam kesenangan, sebagai balasan apa yang telah
mereka amalkan.
35:18 Orang yang
berdosa tiada akan memikul dosa orang lain. Jika orang yang berat (oleh
dosanya) menyeru, supaya diringankan pikulannya, niscaya tiadalah orang yang
mau memikulnya sedikit pun, meskipun karibnya sendiri. Hanya yang engkau beri
peringatan ialah orang orang yang takut kepada Tuhannya tentang perkara yang
ghaib. (kampong akhirat) dan mendirikan sembahyang. Barang siapa membersihkan
(hatinya dari kekafiran) maka sesungguhnya ia membersihkan untuk (kemuslihatan)
dirinya sendiri. Dan kepada Allah tempat kembali.
35:29 Sesungguhnya orang-orang yang membaca kitab Allah
(Quran), mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami
berikan kepadanya dengan bersembunyi atau berterang terang, adalah mereka
mengharapkan suatu perniagaan yang tidak akan merugi.
35:30 Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan
menambah mereka dengan kurniaNya. Sungguh Allah pengampun lagi berterima kasih.
(Memberi nikmat dan pahala).
39:9 Adakah orang yang taat (patuh mengikut Allah) pada
waktu malam, seraya sujud dan berdiri, lagi takut akan (siksa) akhirat, serta
mengharapkan rahmat Tuhannya (sama dengan orang yang durhaka)? Katakanlah: Adakah sama orang orang yang berilmu
pengetahuan dengan orang orang yang tidak berilmu pengetahuan? (Tentu tidak).
Hanya yang menerima peringatan ialah orang orang yang berakal.
39:22 Adakah orang yang dilapangkan Allah dadanya untuk
Islam, sehingga ia mendapat cahaya dari Tuhannya, (sama dengan orang yang keras
hatinya?) Maka celakalah bagi orang yang keras hatinya untuk mengingat Allah.
Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.
42:38 Dan
(untuk) orang orang yang memperkenankan (seruan) kepada Tuhannya, dan
mendirikan sembahyang, sedang urusan mereka bermusyawarat sesama mereka, dan
mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
50:40 Pada malam hari hendaklah engkau tasbih dan sesudah
sembahyang.
51:16 Sedang mereka mengambil (menerima) apa apa yang
diberikan Tuhan kepadanya. Sesungguhnya mereka sebelum itu berbuat kebaikan.
51:17 Adalah mereka itu sedikit tidur pada malam hari.
51:18 Dan di waktu sahur (dini hari) mereka itu meminta
ampun (kepada Tuhan).
51:19 Dan dalam harta mereka ada hak untuk orang yang
meminta dan orang miskin yang (tak) mau meminta.
58:13 Takutkah kamu (akan menjadi miskin), kerana
mendahulukan sedekah, sebelum berbisik itu? Ketika kamu tidak memperbuat
(sedekah) dan Allah menerima taubatmu, maka dirikanlah sembahyang dan
bayarkanlah zakat dan ikutlah Allah dan RasulNya. Allah Mahaamat mengetahui apa
apa yang kamu kerjakan.
63:9 Hai orang2 yang
beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak anakmu
daripada mengingat Allah. Barang siapa memperbuat demikian itu, maka mereka
orang merugi.
63:10
Nafkahkanlah sebahagian rezeki yang Kami berikan kepadamu, sebelum maut datang
kepada salah seorang kamu, lalu ia berkata: Ya Tuhanku, mengapakah Engkau tidak
memberi tempoh kepadaku, hingga waktu yang dekat, supaya aku bersedekah dan
termasuk orang orang yang salih?
70:1 Orang yang
menuntut telah menuntut siksa yang akan kejadian,
70.2 Untuk orang
orang kafir, yang tak dapat orang menolakkannya.
70.3 Daripada
Allah, yang mempunyai tangga tangga tempat naik.
70.4 Malaikat
malaikat dan roh naik kepadaNya dalam sehari, yang lamanya lima puluh ribu
tahun.
70.5 Maka
sabarlah engkau dengan kesabaran yang indah.
70.6
Sesungguhnya mereka memikirkan bahawa siksa itu amat jauh.
70.7 Dan kita
memikirkan amat dekat.
70:8 (Iaitu)
pada hari langit itu (hancur) sebagai kotoran minyak.
70:9 Dan gunung
gunung (pecah) sebagai bulu yang (berterbangan),
70:10 (Ketika
itu) karib tiada bertanya kepada karibnya,
70.11 Pada hal
mereka itu berpandang pandangan. Orang berdosa bercita cita, kalau dapat
menembusi dirinya dengan anak anaknya daripada siksa hari itu.
70:12 Dan dengan
isterinya dan saudaranya,
70:13 Dan
keluarganya, yang memberikan tempat diam kepadanya,
70:14 Dan orang
yang di muka bumi semuanya, kemudian melepaskannya.
70:15 Sekali
kali tidak (demikian itu). Sesungguhnya ia api neraka.
70:16 Yang
membongkar kulit kepala.
70:17 Yang
menyeru (menarik) orang yang membelakang dan berpaling (dari agama),
70:18 Dan
menghimpunkan (harta), lalu menyimpannya (tidak membayarkan zakatnya).
70:19 Sesungguhnya manusia dijadikan bersifat keluh kesah,
70:20 Apabila ia ditimpa kejahatan, ia keluh kesah.
70:21 Dan apabila ia mendapat kebaikan (harta), ia enggan
(bersedekah).
70:22 Kecuali orang orang yang sembahyang,
70:23 Yang mereka itu berkekalan (melakukan) sembahyang.
70:24 Dan orang orang yang dalam hartanya ada hak yang
tertentu.
70:25 Untuk orang yang meminta dan orang miskin yang tidak
mau meminta,
70:26 Dan orang orang yang membenarkan hari pembalasan,
70:27 Dan orang orang yang takut akan siksa Tuhan mereka,
70:28 Sesungguhnya siksa Tuhan mereka tiada dapat diamani
(amat ditakuti),
70:29 Dan lagi orang orang yang memeliharakan kehormatannya
(tidak berzina).
70:30 Kecuali terhadap kepada isterinya atau hamba sahaya
yang dimilikinya, maka sesungguhnya mereka tiada dicela.
70:31 Barang siapa yang menuntut lain dari pada itu, maka
mereka itu orang orang aniaya (melampaui batas).
70:32 Dan orang orang yang memelihara amanah dan janji
mereka,
70:33 Dan orang orang yang melakukan kesaksian (dengan
sebetulnya),
70:34 Dan orang orang yang memelihara sembahyangnya.
70:35 Mereka itulah dalam syurga, mendapat kemuliaan.
73:20 Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui, bahwa engkau
sembahyang malam hari, kurang dari dua pertiga malam dan ada yang seperduanya
dan ada pula yang sepertiganya, bersama sama dengan segolongan orang orang yang
bersama engkau. Allah menentukan kadar (waktu) malam dan siang. Dia mengetahui
bahawa kamu tiada dapat mengghinggakannya (menentukan kadar malam itu), maka
Allah menerima tobat mu, sebab itu bacalah apa apa yang mudah di antara Al
Quran. Dia mengetahui bahwa akan ada di antara kamu orang orang yang sakit dan
yang lain berjalan di muka bumi, mencari kurnia (rezeki) Allah dan yang lain
berperang di jalan Allah. Sebab itu bacalah apa apa yang mudah di antaranya
(Quran) dan dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat dan piutangilah Allah
dengan piutang yang baik (berderma). Apa apa kebaikan yang kamu usahakan untuk
dirimu, akan kamu peroleh di sisi Allah kebaikan pula dan pahala terbesar.
Minta ampunlah kamu kepada Allah, sungguh Allah Pengampun lagi Penyayang.
87:15 Dan menyebut nama Tuhannya serta bersembahyang.
102:1 Kamu telah dilalaikan oleh perlumbaan (memperbanyak
harta benda dan anak anak).
102:2 Sehingga
kamu masuk kubur.
102:3 Sekali
kali jangan begitu, nanti kamu akan mengetahui,
102:4 Kemudian,
sekali kali jangan begitu, nanti kamu akan mengetahui,
102:5 Sekali
kali jangan begitu, kalau kamu mengetahui dengan ilmu yang yakin.
102:6
Sesungguhnya kamu akan melihat neraka,
102:7 Kemudian,
sesungguhnya kamu akan melihatnya dengan mata keyakinan,
102:8 Kemudian,
kamu akan diperiksa pada hari itu tentang segala nikmat (yang kamu peroleh dari
Tuhanmu).
104:1 Celakalah (azablah) untuk tiap tiap orang pengumpat
dan pencela,
104:2 Yang mengumpulkan harta benda dan menghitung
hitungnya,
104:3 Ia mengira, bahwa hartanya itu akan mengekalkannya
(buat hidup di dunia).
104:4 Tidak sekali kali tidak, sesungguhnya dia akan
dilemparkan ke dalam neraka (hutamah).
104:5 Tahukah engkau apakah neraka hutamah itu?
104:6 (Iaitu) Api Allah yang bernyala nyala,
104:7 Yang membakar
sampai ke hati (manusia).
104:8 Sesungguhnya api itu ditutupkan atas mereka,
104:9 Sedang mereka itu (diikatkan) pada tiang yang
panjang.
107:1 Adakah
engkau ketahui orang, yang mendustakan pembalasan (agama)?
107:2 Maka
demikian itu ialah orang yang mengusir anak yatim,
107:3 Dan tiada
menyuruh memberi makan orang miskin.
107:4 Maka
celakalah (azablah) bagi orang orang yang sembahyang,
107:5 Yang
mereka itu lalai dari sembahyangnya,
107:6 Lagi
mereka itu riya,
107:7 Dan enggan
memberikan zakat (barang barang rumah).
https://myislam.org/quran-transliteration/
Maha Benar Allah yang Maha Agung
Asal
usul perkataan sembahyang
https://fb.watch/7aNKEv6qTn/
.