Khabar
gembira dan Khabar Takut
https://myislam.org/quran-transliteration/
Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk.
2:213 Adalah
manusia itu suatu umat, lalu Allah mengutus beberapa orang nabi untuk memberi
khabar gembira dan khabar takut; dan menurunkan Kitab bersama mereka itu dengan
kebenaran supaya Dia menghukum antara manusia, tentang apa apa yang mereka
perselisihkan. Dan tiada yang berselisih, melainkan orang orang yang mengetahui
Kitab itu, setelah datang kepada mereka beberapa keterangan, kerana berdengki
dengkian sesama mereka. Maka Allah menunjuki orang orang yang beriman kepada
kebenaran yang mereka perselisihkan
dengan izinNya. Dan Allah menunjuki orang orang yang dikehendakiNya kepada
jalan yang lurus.
2:256 Tidak ada
paksaan dalam agama, sesungguhnya sudah nyata petunjuk daripada kesesatan.
Barang siapa yang tak percaya kepada thaghut (berhala) dan beriman kepada
Allah, sesungguhnya ia telah berpegang dengan tali yang teguh yang tiada akan
putus. Allah Mahamendengar lagi Mahamengetahui.
2:257 Allah wali (memimpin) orang orang yang beriman,
dikeluarkanNya mereka dari gelap gulita ke dalam nur (terang benderang). Orang
orang yang kafir itu, wali walinya ialah thaghut, dikeluarkannya mereka dari
nur ke dalam gelap gulita. Mereka itulah penghuni neraka, serta kekal di
dalamnya.
4:165 Rasul
rasul itu memberi khabar gembira dan khabar takut supaya tak ada alasan bagi
manusia terhadap Allah sesudah (diutusnya) rasul rasul itu. Allah Mahaperkasa
lagi Mahabijaksana.
6:48 Kami tiada
mengutus rasul rasul itu, melainkan supaya mereka memberi khabar gembira dan
khabar takut. Barang siapa beriman dan memperbaiki (amalannya) maka tiada
ketakutan terhadap mereka dan tiada pula mereka berdukacita.
https://myislam.org/quran-transliteration/
Maha Benar Allah yang Maha Agung
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.