Takutlah kepada Allah (
Fear Allah )
https://myislam.org/quran-transliteration/
Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk.
2:40 Hai Bani Israil, ingatlah akan nikmatKu yang telah Ku anugerahkan
kepadamu; dan sempurnakanlah janjiKu (perintahKu), niscaya Ku sempurnakan
janjiKu untukmu dan hanya kepadaKu hendaklah kamu takut.
2:41 Dan berimanlah kamu kepada (Kitab) yang Kuturunkan,
yang membenarkan (Kitab) yang ada serta kamu (Taurat) dan janganlah kamu orang
yang mula mula kafir dengan dia, dan janganlah kamu jual ayat ayatKu dengan
uang sedikit, dan takutlah kepadaKu.
2:150 Ke mana saja engkau berjalan, maka hadapkanlah mukamu
kearah masjidil haram dan di mana juga tempatmu, hadapkanlah mukamu ke arahnya,
supaya tak ada bagi manusia hujah (bantahan) terhadap kamu, kecuali orang orang
yang aniaya di antara mereka itu. Maka janganlah kamu takut kepada mereka dan
takutlah kepadaKu dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepadamu dan mudah mudahan
kamu mendapat petunjuk.
2:189 Mereka bertanya kepada engkau tentang keadaan bulan.
Katakanlah, bulan itu untuk menentukan waktu pagi bagi manusia dan untuk
(mengerjakan) haji. Bukanlah suatu kebaikan, bahwa kamu naiki rumah dari
belakangnya, tetapi kebaikan itu ialah orang yang bertaqwa (mengikut perintah
Allah). Naikilah rumah itu dari pintunya dan takutlah kepada Allah; mudah
mudahan kamu mendapat kemenangan.
2:194 Bulan
haram (dibalas) dengan bulan haram dan kehormatan itu berbalasan juga. Barang
siapa yang aniaya kepadamu, maka boleh kamu aniaya kepadanya, seumpama
keaniayaannya kepadamu dan takutlah kepada Allah dan ketahuilah, bahawasanya
Allah beserta orang orang taqwa.
2:196
Sempurnakanlah haji dan ‘umrah kerana Allah. Jika kamu terkepung (dihalangi
musuh), maka berikan hadiah apa yang mudah. Janganlah kamu cukur rambut di
kepalamu, sehingga sampai hadiah itu ke tempatnya. Barang siapa yang sakit di
antara kamu atau sakit pada kepalanya, hendaklah ia memberi fidyah, iaitu puasa
atau bersedekah atau menyembelih kambing. Apabila kamu telah aman, maka siapa
yang bersenang senang dengan (melakukan) ‘umrah sebelum haji, maka berikanlah
hadiah apa yang mudah. Barang siapa yang tiada memperolehnya, hendaklah
berpuasa tiga hari dalam haji dan tujuh hari apabila kamu kembali pulang.
Semuanya itu sepuluh hari cukup. Yang demikian itu bagi orang orang yang bukan
penduduk mesjidil haram. Takutlah kepada Allah dan ketahuilah, bahawasanya
Allah amat keras siksaanNya.
2:223 Perempuan
perempuan itu ladangmu, maka datangilah ladangmu itu sebagaimana kamu kehendaki
dan kerjakanlah (amalan) untuk dirimu. Takutlah kepada Allah dan ketahuilah,
bahwa kamu akan menghadapNya. Dan berilah khabar gembira orang orang beriman.
2:238
Peliharakanlah segala sembahyang dan sembahyang yang pilihan (‘Ashar).
Berdirilah kerana Allah, serta menta’atiNya.
2:239 Jika kamu takut, maka (boleh sembahyang) berjalan
kaki atau berkenderaan. Apabila kamu telah aman, maka ingatlah akan Allah,
sebagaimana Dia telah mengajarkan kepadamu apa apa yang tiada kamu ketahui.
2:278 Hai orang orang yang beriman, takutlah kepada Allah
dan tinggalkan sisa sisa riba itu, jika kamu orang beriman.
2:279 Kalau kamu tiada memperbuatnya, ketahuilah ada
peperangan dari Allah dan rasulNya terhadapmu dan jika kamu taubat, maka
untukmu pokok pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak pula teraniaya.
3:121 (Ingatlah) ketika engkau keluar pagi hari dari
keluarga engkau; engkau tempatkan orang orang Mukmin pada beberapa tempat untuk
berperang. Dan Allah Mahamendengar lagi Mahamengetahui.
3:122 Ketika dua golongan di antara kamu bercita cita
hendak mundur (lari) dan Allah wali (memeliharakan) keduanya; dan hanya kepada
Allah hendaklah orang orang beriman menyerahkan diri.
3:123 Sesungguhnya Allah telah menolongmu ketika
(peperangan) di Badar, sedangkan kamu lemah, maka takutlah kamu kepada Allah,
mudah mudahan kamu berterima kasih (kepadaNya).
3:124 Ketika engkau berkata kepada orang orang beriman
(dalam peperangan): Tidakkah mencukupi bagimu, bahwa Tuhanmu menolongmu dengan
tiga ribu malaikat yang diturunkan?
3:125 Ya, (mencukupi), jika kamu sabar dan taqwa dan datang
orang orang kafir itu bersegera kepadamu, Tuhanmu menolongmu dengan lima ribu
malaikat yang mempunyai tanda.
3:126 Tiadalah Allah memberikan pertolongan itu, melainkan
untuk kegembiraan bagimu dan supaya tenteram hatimu dan tiadalah pertolongan
itu, melainkan dari sisi Allah yang Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.
3:127 Supaya Allah membinasakan sebahagian dari orang orang
kafir itu, atau supaya Dia menghinakan mereka, lalu mereka kembali mendapat
kekalahan.
3:128 Tidak ada bagimu sesuatupun dari urusan mereka,
sehingga Allah menerima taubat mereka, atau menyiksa mereka, sesungguhnya
mereka itu orang orang aniaya.
3:129 Bagi Allah apa apa yang di langit dan apa apa yang di
bumi. Dia mengampuni (dosa) orang yang dikehendakiNya dan menyiksa siapa yang
dikehendakiNya. Allah Pengampun lagi Penyayang.
3:130 Hai orang orang yang beriman, janganlah kamu memakan
riba yang berlipat lipat ganda dan takutlah kepada Allah, mudah mudahan kamu
menang (sukses).
3:131 Takutlah kamu akan api neraka yang disediakan untuk
orang orang kafir.
3:132 Taatlah kepada Allah dan rasul, mudah mudahan kamu
mendapat rahmat.
3:133 Bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan ke
syurga, lebarnya seluas langit dan bumi, disediakan untuk orang orang yang
taqwa.
3:134 (Iaitu) orang orang yang menafkahkan hartanya ketika
senang dan susah, orang orang yang sabar menahan amarah dan orang orang yang
memaafkan (kesalahan) manusia. Dan Allah mengasihi orang orang yang berbuat
kebaikan itu.
3:135 Dan orang orang, apabila mereka berbuat kejahatan
atau menganiaya dirinya, mereka ingat akan Allah, lalu meminta ampun atas
dosanya itu. Dan tiadalah yang mengampuni dosa, kecuali Allah. Mereka itu tiada
berkekalan atas perbuatannya itu, sedang mereka mengetahui.
3:136 Balasan untuk mereka itu ialah ampunan dari Tuhannya
dan syurga yang mengalir air sungai di bawahnya, sedang mereka kekal di
dalamnya. Itulah sebaik baik pahala bagi orang orang yang beramal.
3:137 Sesungguhnya telah
lalu beberapa peraturan (Allah) sebelum kamu, maka berjalanlah kamu di muka
bumi dan perhatikanlah, bagaimana akibatnya orang orang yang mendustakan
(agama).
3:138 (Quran) ini adalah keterangan untuk manusia, jadi
petunjuk dan pengajaran bagi orang orang taqwa.
3:139 Janganlah kamu lemah dan jangan pula berdukacita,
sedang kamu orang orang yang lebih tinggi jika kamu orang beriman.
3:169 Janganlah engkau kira mati, orang-orang yang telah
terbunuh pada jalan Allah, bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya, serta
diberi rezeki.
3:170 Mereka bersuka ria dengan kurnia yang dilimpahkan
Allah kepada mereka, lagi mendapat khabar gembira tentang orang orang yang
belum menghubungi mereka dari belakangnya (belum mati), bahawa tidak ada
ketakutan atas mereka dan tiada mereka berduka cita.
3:171 Mereka bersuka ria dengan nikmat Allah dan kurniaNya
dan sesungguhnya Allah tiada menyia nyiakan pahala orang2 yang beriman.
3:172 Orang2 yang memperkenankan seruan Allah dan rasul,
sesudah mereka mendapat luka2, untuk orang2 yang berbuat baik di antara mereka
itu serta taqwa, pahala yang besar.
3:173 (Yaitu), orang orang, yang manusia berkata kepada
mereka: Sesungguhnya manusia (orang orang kafir) telah berhimpun hendak memerangimu,
sebab itu takutlah kamu kepada mereka, lalu hal itu menambah keimanan mereka
dan berkata: Cukuplah Allah memelihara kami dan Dialah sebaik baik wakil (yang
memeliharakan).
3:174 Lalu mereka kembali dengan (mendapat) nikmat Allah
dan kurniaNya, mereka tiada ditimpa kejahatan dan mereka mengikut keredhaan
Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.
3:175 Sesungguhnya syetan syetan itu hanya mempertakuti
orang orang yang di bawah pimpinannya, sebab itu janganlah kamu takut kepada
mereka dan takutlah kepadaKu, jika kamu orang yang beriman.
4:1 Hai sekalian manusia, takutlah kamu kepada Tuhanmu yang
menjadikan kamu dari diri yang satu dan menjadikan isteri daripadanya; dan
daripada keduanya berkembang biak laki laki dan perempuan yang banyak. Dan
takutlah kepada Allah yang pinta meminta kamu dengan namaNya dan (takutlah akan
memutuskan) silaturrahim. Sesunggguhnya Allah mengawasi kamu.
4:77 Tidakkah engkau ketahui orang2 yang dikatakan
kepadanya: Tahanlah kedua tanganmu (dari memerangi orang2 kafir) dan dirikanlah
sembahyang dan bayarkanlah zakat. Tatkala diperlukan peperangan atas mereka
itu, tiba tiba segolongan diantara mereka takut kepada manusia, seperti
ketakutan kepada Allah, atau lebih takut. Mereka itu berkata: Ya Tuhan kami,
mengapakah Engkau perlukan peperangan di atas kami, mengapakah tidak Engkau
undurkan (wafatkan) kami, sehingga waktu yang dekat? Katakanlah: Kesenangan
dunia cuma sedikit dan akhirat lebih
baik bagi orang2 yang taqwa; sedang kamu tiada teraniaya sedikitpun.
5:8 Wahai orang
orang yang beriman! Hendaklah kamu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi
saksi yang adil. Dan janganlah kebencian kamu kepada suatu kaum (seseorang)
menjerumuskan kamu untuk tidak berlaku adil. Lakukanlah keadilan. Keadilan itu
lebih hampir kepada taqwa. Dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah
Mahamengetahui apa yang kamu lakukan.
5:11 Hai orang
orang yang beriman, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu, ketika satu kaum
bercita cita hendak menyerangmu (membunuhmu) dengan tangannya, lalu Allah
menahan tangan mereka dari padamu dan takutlah kepada Allah. Dan kepada Allah
hendaklah bertawakkal orang orang beriman.
5:100 Katakanlah: Tiada sama yang keji dengan yang baik,
meskipun kebanyakkan yang keji itu menarik hatimu. Sebab itu takutlah kepada
Allah, hai orang orang yang berakal, mudah mudahan kamu beroleh kemenangan.
6:106 Ikutlah apa apa yang diwahyukan kepadamu (ya
Muhammad) dari pada Tuhanmu. Tidak adalah Tuhan, kecuali Dia dan berpalinglah
dari pada orang orang musyrik.
7:3 Kamu turutlah apa apa yang diturunkan kepadamu daripada
Tuhanmu dan janganlah kamu turut wali (Tuhan tuhan) lain daripadaNya. Sedikit
sekali di antara mu yang menerima peringatan.
8:29 Hai orang orang yang beriman, jika kamu takut kepada
Allah, niscaya Allah memberimu petunjuk dan menutupi kesalahanmu serta
mengampuni dosamu, Allah mempunyai kurnia yang Mahabesar.
9:2 Sebab itu
berjalanlah kamu (hai orang orang musyrik) di muka bumi empat bulan lamanya dan
ketahuilah, bahawa kamu tiada dapat melemahkan Allah dan bahawa Allah
menghinakan orang2 kafir.
9:3 (Inilah) pemberitahuan dari pada Allah dan rasulNya
kepada manusia, di waktu hari haji akbar, bahawa Allah berlepas diri
daripada orang orang musyrik, begitu
juga rasulNya. Jika kamu taubat adalah lebih baik bagimu dan jika kamu
berpaling, ketahuilah bahawa kamu tiada dapat melemahkan Allah. Berilah
peringatan orang orang kafir dengan siksaan yang pedih.
10:31 Katakanlah: Siapakah yang memberi rezekimu dari
langit dan dari bumi? Siapakah yang memberikan pendengaran dan penglihatan?
Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati
dari yang hidup? Siapakah yang mengaturkan urusan? Nanti mereka akan menjawab:
Allah. Sebab itu katakanlah: Tiadakah kamu takut kepadaNya?
11:19 Iaitu orang orang yang menghalangi jalan (agama)
Allah dan menghendaki supaya jalan itu bengkok, sedang mereka itu ingkar akan
akhirat (hari kemudian).
11:20 Mereka tiada sanggup mengalahkan Allah di muka bumi
dan tidak ada bagi mereka wali wali selain daripada Allah. Dilipatgandakan
siksaan bagi mereka. Mereka tiada sanggup mendengar (kebenaran) dan tiada pula
melihatnya.
11:21 Mereka itu orang yang merugikan dirinya dan lenyaplah
dari mereka apa apa yang mereka ada adakan.
11:22 Tidak dapat tidak (mestilah) mereka amat merugi di
akhirat.
16:96 Apa apa yang ada di sisimu akan habis dan apa apa
yang ada di sisi Allah akan kekal. Demi, nanti akan Kami balasi orang orang
yang sabar dengan pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan.
18:27 Bacakanlah (ya Muhammad) apa apa yang diwahyukan
kepadamu, iaitu Kitab Tuhanmu. Tiada yang mengubah kalimatNya dan engkau tiada
memperoleh tempat berlindung selain daripadaNya.
18:58 Tuhanmu Pengampun dan mempunyai rahmat. Kalau
sekiranya Dia hendak menyiksa mereka, karena usahanya, niscaya disegerakanNya
siksaan bagi mereka. Tetapi bagi mereka ada perjanjian, mereka tidak akan dapat
tempat berlindung, selain daripadaNya.
23:51 Hai sekalian rasul,
makanlah yang baik baik dan kerjakanlah amalan salih. Sesungguhnya Aku Maha
mengetahui apa yang kamu perbuat.
23:52 Sesungguhnya ini, umat
kamu, umat yang satu dan Aku Tuhanmu, sebab itu takutlah kamu kepada Ku.
24:55 Allah
telah menjanjikan bagi orang orang yang beriman di antara mu, dan mengerjakan
yang baik baik, bahwa Allah akan mengangkat mereka jadi khalifah di muka bumi
sebagaimana orang orang dahulu telah menjadi khalifah dan Allah akan menetapkan
agama mereka (Islam) yang diridhaiNya untuk mereka dan akan mengganti ketakutan
mereka dengan keamanan, Mereka menyembah aku dan tiada mempersekutukan Daku
dengan suatu juapun. Barang siapa yang kafir sesudah itu, mereka itulah orang
yang fasik.
26:10 (Ingatlah) ketika Tuhanmu menyeru Musa: Hendaklah
engkau pergi kepada kaum yang aniaya,
26:11 (Iaitu) kaum Firaun, Tiadakah mereka takut (kepada
Allah)?
26:126 Sebab itu
takutlah kepada Allah dan turutlah aku!
26:179 Sebab itu
takutlah kepada Allah dan turutlah aku.
26:180 Aku tidak
minta upah kepadamu atas usahaku, upahku tidak lain, hanya dari pada Tuhan
semesta alam.
26:181
Sempurnakanlah sukatan, dan janganlah
kamu kurangkan!
26:182
Timbanglah (suatu barang) dengan timbangan (neraca) yang betul.
26:183 Janganlah
kamu kurangkan hak manusia dan jangan pula berbuat bencana di muka bumi.
26:184 Takutlah kepada Yang menjadikan kamu dan
(menjadikan) makhluk makhluk dahulu kala.
30:31 Hendaklah kamu kembali (taubat) kepadaNya dan
takutlah kepadaNya dan dirikanlah sembahyang dan janganlah kamu termasuk orang
orang yang musyrik (mempersekutukan Allah),
31:33 Hai sekalian manusia, takutlah kepada Tuhanmu, dan
takutlah akan hari (kiamat, di waktu itu) bapa tidak dapat menggantikan anaknya
dan anak tidak pula dapat menggantikan bapanya sedikitpun. Sesungguhnya janji
Allah sebenarnya, sebab itu, janganlah kamu terpedaya oleh hidup di dunia dan
jangan pula terpedaya terhadap Allah oleh pendaya (setan).
33:1 Hai Nabi!
Takutlah kepada Allah dan janganlah engkau ikut orang orang yang kafir dan
orang orang munafik. Sesungguhnya Allah Mahamengetahui lagi Mahabijaksana.
33:2 Dan ikutlah apa apa yang diwahyukan kepadamu dari
Tuhanmu. Sesungguhnya Allah Mahamengetahui
apa apa yang kamu kerjakan.
33:3 Dan tawakkallah kepada Allah! Cukuplah Allah menjadi
wakilmu. ( tempat menyerahkan urusanmu ).
33:35 Sesungguhnya laki laki muslim dan perempuan perempuan
muslimah, laki laki yang mukmin dan perempuan perempuan yang mukminah, laki
laki yang taat (patuh) dan perempuan perempuan yang taat, laki laki yang benar
dan perempuan perempuan yang benar, laki laki yang sabar dan perempuan perempuan
yang sabar, laki laki yang khusyuk (takut kepada Allah / rendah hati) dan
perempuan perempuan yang khusyuk, laki laki yang bersedekah dan perempuan
perempuan yang bersedekah, laki laki yang berpuasa dan perempuan perempuan yang
berpuasa, laki laki yang memelihara farajnya (kehormatannya) dan perempuan
perempuan yang memeliharanya, laki laki yang banyak mengingat Allah dan
perempuan perempuan yang banyak mengingat(Nya), maka Allah telah menyediakan
untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.
33:37 Ingatlah,
ketika engkau (ya Muhammad) berkata kepada orang yang Allah telah memberi
nikmat kepadanya dan engkau telah memberi
nikmat pula kepadanya iaitu Zaid: Peganglah isteri engkau (jangan engkau
thalak) dan takutlah kepada Allah. Sedang engkau menyembunyikan dalam hati
engkau sesuatu yang Allah akan melahirkannya dan engkau takut kepada manusia,
padahal Allah terlebih patut engkau takuti. Setelah Zaid menunaikan hajatnya
(telah bergaul dengan isterinya kemudian diceraikannya), Kami kahwinkan engkau
dengan perempuan itu, supaya tidak ada kesempitan bagi orang orang mukmin,
untuk mengahwini (bekas) isteri anak angkatnya, bila ia telah menunaikan
hajatnya. (Semua) urusan Allah itu mesti terjadi.
33:39 (Iaitu)
orang orang (nabi) yang menyampaikan risalah agama Allah dan mereka takut
kepadaNya dan mereka tidak takut kepada seorang juapun, kecuali kepada Allah.
Cukuplah Allah memperhitungkan (hambaNya).
33:55 Mereka itu
(isteri isteri nabi) tiada berdosa berhadapan (tanpa dinding) dengan bapanya,
anak anaknya, saudara saudaranya yang laki laki, anak anak saudaranya yang laki
laki, anak anak saudaranya yang perempuan, wanita mukmin dan hamba sahayanya.
Takutlah kamu (hai isteri isteri nabi) kepada Allah. Sesungguhnya Allah jadi
saksi atas tiap tiap sesuatu.
35:18 Orang yang
berdosa tiada akan memikul dosa orang lain. Jika orang yang berat (oleh
dosanya) menyeru, supaya diringankan pikulannya, niscaya tiadalah orang yang
mau memikulnya sedikit pun, meskipun karibnya sendiri. Hanya yang engkau beri
peringatan ialah orang orang yang takut kepada Tuhannya tentang perkara yang
ghaib. (kampong akhirat) dan mendirikan sembahyang. Barang siapa membersihkan
(hatinya dari kekafiran) maka sesungguhnya ia membersihkan untuk (kemuslihatan)
dirinya sendiri. Dan kepada Allah tempat kembali.
35:44 Tiadakah mereka berjalan di muka bumi, lalu
memperhatikan bagaimana akibatnya orang orang yang sebelum mereka, sedang
mereka itu terlebih kuat daripada mereka ini. Allah tiada dapat dilemahkan oleh
sesuatu yang di langit dan tidak pula yang di bumi. Sungguh Dia Mahamengetahui
lagi Mahakuasa.
51:51 Janganlah kamu adakan Tuhan yang lain bersama Allah.
Sungguh aku memberi peringatan yang terang kepadamu daripadaNya.
59:13 Sungguh kamu (hai orang orang Mukmin) lebih ditakuti
(oleh mereka) dalam hatinya daripada Allah. Demikian itu, kerana mereka kaum
yang tiada mengerti.
59:16 (Dan) seperti syetan, ketika ia berkata kepada
manusia: Kafirlah (menyangkallah) engkau. Maka tatkala manusia itu kafir, ia
berkata: Aku berlepas diri daripadamu, sungguh aku takut kepada Allah, Tuhan
semesta alam.
59:18 Hai orang orang yang
beriman, takutlah kepada Allah dan hendaklah (tiap tiap) orang memperhatikan
apa yang diusahakannya untuk besok, dan takutlah kepada Allah. Sungguh Allah
Mahamengetahui apa apa yang kamu kerjakan.
59:21 Kalau sekiranya Kami
turunkan Quran ini keatas gunung, nescaya engkau lihat gunung itu tunduk dan
belah, kerana takut kepada Allah. Itulah contoh, Kami berikan untuk manusia,
mudah mudahan mereka memikirkannya.
60:10 Hai orang orang yang beriman, apabila datang kepadamu
perempuan perempuan Mukminat hendak berhijrah (pindah dari Makkah ke Madinah),
maka hendaklah kamu uji mereka itu, (Apa sebenarnya mereka betul beriman atau
tidak)? Allah lebih mengetahui keimanan mereka. Kalau kamu ketahui bahwa mereka
(sebenarnya) Mukminat, maka janganlah kamu kembalikan mereka kepada (suami
suami mereka) orang orang kafir itu, Mereka tidak halal bagi laki laki yang
kafir itu dan tidak pula laki laki yang kafir itu halal bagi mereka. Dan berikanlah
kepada suami mereka yang kafir itu (emas kawin) yang telah diberikannya kepada
mereka. Tiadalah kamu berdosa mengahwini mereka, bila kamu berikan emas
kahwinnya. Janganlah kamu pegang perhubungan (nikah) perempuan perempuan yang
kafir (bahkan ceraikanlah mereka itu), dan mintalah (emas kahwin) yang telah
kamu berikan kepadanya dan mereka hendaklah meminta pula (emas kahwin) yang
telah mereka berikan. Itulah hukum (peraturan) Allah. Dia menghukum antara kamu
dan Allah Mahamengetahui lagi Maha bijaksana.
60:11 Jika lari seseorang di antara isteri isteri mu kepada
orang orang kafir (kerana murtad), kemudian kamu menyiksa (memerangi) mereka
(dan mendapat harta rampasan), maka hendaklah kamu berikan kepada orang orang
yang lari isterinya itu dari harta rampasan, seumpama (emas kawin) yang telah
diberikannya kepada isterinya itu. Takutlah kepada Allah yang kamu beriman
kepadaNya.
60:12 Hai nabi (Muhammad), apabila datang kepadamu
perempuan perempuan Mukminat hendak berbai’ah (bersetia ta’at) kepadamu, bahwa
mereka tiada akan mempersekutukan Allah dengan suatu apa pun dan tidak akan
mencuri, dan tidak akan berzina dan tidak akan membunuh anaknya dan tidak akan
mengadakan kebohongan, yang mereka ada adakan antara tangan dan kaki mereka
(yaitu mengatakan anak yang dapat tengah jalan anak suaminya) dan tidak pula
mendurhakai engkau tentang yang ma’ruf (baik dalam agama), maka hendaklah
engkau terima bai’ah mereka dan mintakanlah ampun untuk mereka kepada Allah.
Sungguh Allah Pengampun lagi Penyayang.
77:41 Sesungguhnya orang orang yang taqwa adalah dalam
naung (yang sejuk) dan mata air,
77:42 Dan buah buahan yang mereka ingini,
77:43 Makanlah kamu dan minumlah dengan bersedap sedap,
kerana amalan kamu.
77:44 Sesungguhnya demikianlah Kami membalasi orang orang
yang berbuat baik.
82:14 Dan sesungguhnya orang orang yang jahat dalam neraka,
82:15 Mereka masuk ke dalamnya pada hari pembalasan.
82:16 Dan mereka tiada dapat gaib (lari) daripadanya.
82:17 Tahukah engkau, apakah hari pembalasan itu,
82:18 Kemudian, tahukah engkau, apakah hari pembalasan itu?
82:19 (Iaitu) hari yang tidak berhak seseorang menolong
yang lain sedikitpun, dan segala urusan pada hari itu (terserah) kepada Allah.
https://myislam.org/quran-transliteration/
Maha Benar Allah yang Maha Agung
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.