Total Pageviews

Wednesday, 4 November 2020

BISKUT PENYEBAB KANSER

 



https://web.facebook.com/draidaazmiofficial/posts/biskut-penyebab-kanser%EF%B8%8F-1-baru-baru-ini-viral-di-media-sosial-heboh-dengan-lapor/4733955860047588/?_rdc=1&_rdr#

 

BISKUT PENYEBAB KANSER⁉️ 😨

1. Baru baru ini, viral di media sosial heboh dengan laporan Majlis Pengguna Hong Kong (The Hong Kong Consumer Coucil) yang didakwa mengesan bahan penyebab kanser dalam 60 sampel biskut dan keropok yang dijual di Malaysia.

2. Dalam laporan tersebut, dikatakan biskut-biskut ini mengandungi kadar Acrylamide dan Glycidol yang boleh menyumbang kepada punca kanser.

Acrylamides tu apa? 🤔

3. Acrylamides ialah bahan yang terbentuk melalui tindak balas kimia semula jadi antara gula dan asparagin, asid amino, dalam makanan berasaskan tumbuhan - termasuk makanan berasaskan kentang dan bijirin (Rujuk Gambar 1).

4. Acrylamides terbentuk semasa memasak pada suhu tinggi, seperti menggoreng, memanggang dan membakar

5. Acrylamides juga merupakan bahan kimia yang digunakan dalam industri seperti kertas dan pulpa, pembinaan, tempat peleburan kaca dan logam, penggerudian minyak, tekstil, kosmetik, pemprosesan makanan, plastik, perlombongan dan industri pertanian. Ia digunakan dalam membuat kertas, pewarna, dan plastik, dan dalam merawat air minuman dan air sisa

Adakah Acrylamides Boleh Menyebabkan Kanser? ⁉️

1. Dalam kajian makmal, Acrylamides mampu menyebabkan kanser kepada tikus makmal , tetapi pada tahap lebih tinggi daripada yang dilihat dalam makanan. FDA kini menjalankan penyelidikan untuk menentukan sama ada paras Acrylamides yang lebih rendah dalam makanan boleh menimbulkan risiko kesihatan kepada orang ramai atau tidak.

Sejak penemuan Acrylamides dalam makanan pada tahun 2002, Persatuan Kanser Amerika, Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (FDA), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah (EFSA), dan organisasi lain telah mengiktiraf keperluan untuk kajian lanjut mengenai topik ini.

Namun, setakat ini, ulasan kajian yang dilakukan dalam kumpulan (kajian epidemiologi) mencadangkan bahawa tiada perkaitan diantara Acrylamides dalam makanan dengan mana mana kanser yang khusus di kalangan manusia.

Menurut Dr Noor Hisham juga dalam kenyataan media terkini, pemantauan yang dijalankan oleh KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sejak 2015 bagi produk biskut di pasaran tempatan termasuk jenama terlibat, mendapati tahap purata acrylamide adalah 246 µg/kg (mikrogram per kilogram) iaitu di bawah paras (benchmark level) yang ditetapkan oleh European Union (EU) Commission Regulation iaitu 350 µg/kg.

BKKM turut menjalankan penilaian risiko ke atas acrylamide dan glycidol dalam makanan dan ia menunjukkan risiko kesihatan terhadap acrylamide dan glycidol melalui pengambilan biskut adalah rendah ✅.

Dengan membandingkan proses menggoreng, memanggang dan membakar kentang, menggoreng menyebabkan pembentukan acrylamide dengan kadar tertinggi.

Memanggang kepingan kentang menyebabkan kurang pembentukan acrylamide, diikuti dengan membakar keseluruhan kentang. Merebus kentang dan memasak kentang bersama kulit menggunakan microwave untuk membuat kentang bakar tidak menghasilkan acrylamide.[Berdasarkan kajian FDA.]

•••••••••••••

🔉Apakah cara untuk mengurangkan Acrylamide dalam makanan? sila ikuti tips yang dikongsikan oleh KKM (Rujuk Gambar 2):.

❗Masak makanan berkanji sehingga berwarna emas kekuningan

❗Rendam kentang di dalam air selama 15-30 minit atau celur di dalam air mendidih.

❗Tidak menyimpan ubi kentang di dalam peti sejuk.

❗Ikuti cara penyediaan makanan daripada pengilang agar suhu tidak terlalu tinggi.

Selamat membaca buat semua...semoga bermanfaat ✨

RUJUKAN:

https://www.fda.gov/.../chemical.../acrylamide....

https://harianpost.my/acrylamide-biskut-kanser/

https://www.cancer.org/cancer/cancer-causes/acrylamide.html

Ikhlas,

Dr Aida Firdaus MN Azmi

Pensyarah Kanan

Sains dan Teknologi Makanan

Fakulti Sains Gunaan

Universiti Teknologi MARA, Shah Alam

 






Biskut Didakwa Ada Bahan Penyebab Kanser, Ini Penjelasan Syarikat Pengeluar Makanan Popular

 

Biskut Didakwa Ada Bahan Penyebab Kanser, Ini Penjelasan Syarikat Pengeluar Makanan Popular

 

https://gempak.com/berita-terkini/biskut-didakwa-ada-bahan-penyebab-kanser-ini-penjelasan-syarikat-pengeluar-makanan-popular-67512

 

Izwan Isa

25/10/2021 | 12:50 MYT

 

Susulan daripada tuduhan Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) yang mendakwa terdapat unsur penyebab kanser yang terkandung dalam biskut keluaran Hup Seng baru-baru ini, syarikat pengeluar makanan popular itu tampil memberi kenyataan.

Menerusi maklum balas yang dimuat naik menerusi akaun Facebook rasmi Hup Seng Perusahaan Makanan (M) Sdn. Bhd., syarikat berkenaan memberitahu bahawa produk biskut keluaran mereka selamat untuk dimakan.

 

“Kami ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan anda terhadap laporan HKCC tentang produk kami. 

“Semenjak tahun 1958, sebagai pengilang biskut yang mengambil berat tentang tanggungjawab sosial, kualiti dan keselamatan produk adalah keutamaan kami.

“Kami ingin memaklumkan bahawa ‘Special Cream Cracker’ yang dihasilkan dan dipasarkan di Malaysia adalah selamat dimakan dan selaras dengan regulasi tempatan, standard kualiti dan standard keselamatan makanan,” kata kenyataan berkenaan.

Dalam pada itu, mereka turut menyatakan keterbukaan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan jika siasatan diperlukan pada masa akan datang.

“Kami akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dalam penyiasatan sekiranya diperlukan. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan setia dan pekerja atas sokongan yang berterusan,” kata kenyataan itu lagi.

Pada Isnin lalu, portal The South China Morning Post melaporkan 60 sampel biskut dan keropok, termasuk produk keluaran Hup Seng yang diuji mengandungi elemen mendorong kanser seperti glycidol atau acrylamide.

Selain itu, HKCC turut menyatakan bahawa 40 peratus produk yang diuji mempunyai label nutrisi yang mengelirukan.

Media tempatan turut melaporkan Saham Hup Seng jatuh 2.7 peratus kepada 91 sen pada Jumaat, yang membawa kepada penurunan tertinggi dalam tempoh dua bulan.

 

Wednesday, 7 October 2020

My solat, my life, and my death is only for God. (Sembahyangku hidup matiku untuk Allah)

 

Sembahyangku hidup matiku untuk Allah

 

My solat, my life, and my death is only for God

 

 

https://quran.com/    

 

 

 

2:23 Jika kamu dalam ragu ragu tentang (Quran) yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad), maka perbuatlah olehmu satu surat seumpamanya, dan panggillah saksi2mu lain dari pada Allah, jika kamu orang yang benar.

 

2:24 Kalau tidak kamu perbuat dan takkan dapat kamu memperbuatnya, maka takutlah akan api neraka yang penyalaannya manusia dan batu-batu, disediakan untuk orang-orang kafir.

 

2:277 Sesungguhnya orang2 yang beriman dan mengamalkan salih, lagi mendirikan sembahyang dan membayarkan zakat, untuk mereka itu pahala di sisi Tuhannya dan tak ada ketakutan atas mereka dan tiada mereka berduka cita.

 

3:191 (Yaitu) orang orang yang mengingat Allah ketika berdiri, duduk dan waktu berbaring; dan mereka memikirkan kejadian langit dan bumi, (sambil berkata): Ya Tuhan kami, bukanlah Engkau jadikan ini dengan percuma (sia2). Mahasuci Engkau, maka peliharakanlah kami dari siksaan neraka.

 

4:103 Apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, hendaklah kamu ingat akan Allah waktu berdiri dan duduk dan berbaring. Apabila kamu telah aman (tiada berperang lagi), maka dirikanlah sembahyang (sebaik baiknya). Sesungguhnya sembahyang itu diperlukan atas orang2 mukmin pada waktunya.

 

4:114 Bukanlah suatu kebaikan dalam kebanyakkan bisikan bisikan mereka, kecuali orang yang menyuruh bersedekah atau dengan ma’ruf atau memperdamaikan antara manusia. Barang siapa memperbuat demikian, kerana menghendaki keredaan Allah, maka nanti akan Kami berikan kepadanya pahala yang besar.

 

6:162 Katakanlah : Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku,  hidupku dan  matiku, semuanya bagi Allah, Tuhan semesta alam.

 

8:3 (Dan) orang orang yang mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepadanya.

 

11:23 Sesungguhnya orang orang yang beriman dan beramal salih dan tenteram hati mereka terhadap Tuhannya, mereka itu penghuni syurga serta kekal di dalamnya.

 

13:22 Orang2 yang sabar, kerana mengharapkan keredhaan Tuhannya, mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka dengan bersembunyi dan berterang terang, dan mereka menolak kejahatan dengan kebajikan, untuk mereka itu akibat (yang baik) di kampung (akhirat),

 

17:79 Pada malam hari, hendaklah engkau bertahajud (berjaga untuk sembahyang malam) sebagai tambahan untuk engkau, mudah mudahan Tuhan mengangkat engkau ke tempat yang terpuji.

 

20:130 Sebab itu, sabarlah engkau atas apa yang mereka katakan dan tasbihlah serta memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan di waktu malam, hendaklah engkau tasbih pula dan lagi di waktu tepi siang (pagi & petang), mudah mudahan engkau suka (menerima pahala).

 

20:131 Janganlah engkau layangkan kedua matamu kepada perhiasan yang Kami berikan kepada bermacam macam orang di antara mereka, sebagai bunga hidup di dunia, supaya mereka kami cobai dengan demikian itu. Dan rezeki Tuhanmu (dalam syurga), lebih baik dan lebih kekal.

 

20:132 Suruhlah keluarga engkau (mendirikan) sembahyang dan sabarkanlah hatinya untuk mengerjakannya. Kami tiada meminta rezeki kepadamu. Kami yang memberi rezeki kepadamu. Akibat yang baik (Syurga) adalah untuk orang yang taqwa.

 

22:31 Serta cenderung kepada Allah, tanpa mempersekutukanNya. Barang siapa mempersekutukan Allah, maka seolah olah ia telah jatuh (tersungkur) dari langit, lalu disambar burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.

 

22:34 Untuk tiap tiap umat Kami adakan tempat beribadat, supaya mereka menyebut nama Allah, atas (rezeki) yang diberikanNya kepada mereka, iaitu (daging) binatang ternak. Maka Tuhan kamu ialah Tuhan yang Esa, maka patuhlah kamu kepadaNya dan berilah khabar gembira orang orang yang ta’at.

 

22:35 (Iaitu) orang orang, apabila disebut nama Allah, gemetar hatinya ketakutan dan orang orang yang sabar atas cobaan yang menimpanya dan orang orang yang mendirikan sembahyang dan orang orang yang menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepadanya.

 

22:36 (Mengorbankan ) unta Kami jadikan untukmu sebagian syiar syiar (agama) Allah, untukmu ada kebaikan di dalamnya. Sebab itu sebutlah nama Allah ketika menyembelihnya, (ketika ia masih berdiri). Apabila ia telah jatuh ke tanah (mati), makanlah sebagiannya dan berilah makan orang yang tidak meminta dan orang yang meminta. Demikianlah Kami tundukkan (serahkan) hewan itu kepadamu, mudah mudahan kamu berterima kasih.

 

22:37 Daging dan darahnya tiada sampai kepada Allah, tetapi taqwa daripadamulah yang sampai kepadaNya. Demikianlah Dia (Allah)  menyerahkan hewan untukmu, supaya kamu membesarkan Allah atas apa yang telah ditunjukkanNya kepadamu. Dan berilah kabar gembira orang orang yang berbuat kebaikan.

 

25:64 Dan orang orang yang pada malam hari bersujud dan sembahyang pada Tuhannya.

 

27:3 (Iaitu) orang orang yang mendirikan sembahyang dan membayarkan zakat, sedang mereka yakin akan adanya akhirat.

 

31:17 Hai anakku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah orang (memperbuat) yang ma’ruf (yang baik) dan laranglah (memperbuat) yang mungkar (haram), serta sabarlah atas cobaan yang menimpa engkau. Sesungguhnya demikian itu pekerjaan yang dicita citakan.

 

32:16 Rusuk (lambung) mereka terjauh dari tempat berbaring ( kurang tidur malam hari ), sedang mereka memohon kepada Tuhannya dengan ketakutan dan harapan, dan mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepadanya.

 

32:17 Seseorang tidak mengetahui, apa yang disembunyikan untuknya diantara bermacam macam kesenangan, sebagai balasan apa yang telah mereka amalkan.

 

32:18 Adakah orang yang beriman, sama dengan orang yang pasik? (Tentu) mereka tidak bersamaan.

 

35:18 Orang yang berdosa tiada akan memikul dosa orang lain. Jika orang yang berat (oleh dosanya) menyeru, supaya diringankan pikulannya, niscaya tiadalah orang yang mau memikulnya sedikit pun, meskipun karibnya sendiri. Hanya yang engkau beri peringatan ialah orang orang yang takut kepada Tuhannya tentang perkara yang ghaib. (kampong akhirat) dan mendirikan sembahyang. Barang siapa membersihkan (hatinya dari kekafiran) maka sesungguhnya ia membersihkan untuk (kemuslihatan) dirinya sendiri. Dan kepada Allah tempat kembali.

 

39:9 Adakah orang yang taat (patuh mengikut Allah) pada waktu malam, seraya sujud dan berdiri, lagi takut akan (siksa) akhirat, serta mengharapkan rahmat Tuhannya (sama dengan orang yang durhaka)? Katakanlah: Adakah sama orang orang yang berilmu pengetahuan dengan orang orang yang tidak berilmu pengetahuan? (Tentu tidak). Hanya yang menerima peringatan ialah orang orang yang berakal.

 

39:22 Adakah orang yang dilapangkan Allah dadanya untuk Islam, sehingga ia mendapat cahaya dari Tuhannya, (sama dengan orang yang keras hatinya?) Maka celakalah bagi orang yang keras hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.

 

58:13 Takutkah kamu (akan menjadi miskin), kerana mendahulukan sedekah, sebelum berbisik itu? Ketika kamu tidak memperbuat (sedekah) dan Allah menerima taubatmu, maka dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat dan ikutlah Allah dan RasulNya. Allah Mahaamat mengetahui apa apa yang kamu kerjakan.

 

70:1 Orang yang menuntut telah menuntut siksa yang akan kejadian,

 

70.2 Untuk orang orang kafir, yang tak dapat orang menolakkannya.

 

70.3 Daripada Allah, yang mempunyai tangga tangga tempat naik.

 

70.4 Malaikat malaikat dan roh naik kepadaNya dalam sehari, yang lamanya lima puluh ribu tahun.

 

70.5 Maka sabarlah engkau dengan kesabaran yang indah.

 

70.6 Sesungguhnya mereka memikirkan bahawa siksa itu amat jauh.

 

70.7 Dan kita memikirkan amat dekat.

 

70:8 (Iaitu) pada hari langit itu (hancur) sebagai kotoran minyak.

 

70:9 Dan gunung gunung (pecah) sebagai bulu yang (berterbangan),

 

70:10 (Ketika itu) karib tiada bertanya kepada karibnya,

 

70.11 Pada hal mereka itu berpandang pandangan. Orang berdosa bercita cita, kalau dapat menembusi dirinya dengan anak anaknya daripada siksa hari itu.

 

70:12 Dan dengan isterinya dan saudaranya,

 

70:13 Dan keluarganya, yang memberikan tempat diam kepadanya,

 

70:14 Dan orang yang di muka bumi semuanya, kemudian melepaskannya.

 

70:15 Sekali kali tidak (demikian itu). Sesungguhnya ia api neraka.

 

70:16 Yang membongkar kulit kepala.

 

70:17 Yang menyeru (menarik) orang yang membelakang dan berpaling (dari agama),

 

70:18 Dan menghimpunkan (harta), lalu menyimpannya (tidak membayarkan zakatnya).

 

70:19 Sesungguhnya manusia dijadikan bersifat keluh kesah,

 

70:20 Apabila ia ditimpa kejahatan, ia keluh kesah.

 

70:21 Dan apabila ia mendapat kebaikan (harta), ia enggan (bersedekah).

 

70:22 Kecuali orang orang yang sembahyang,

 

70:23 Yang mereka itu berkekalan (melakukan) sembahyang.

 

70:24 Dan orang orang yang dalam hartanya ada hak yang tertentu.

 

70:25 Untuk orang yang meminta dan orang miskin yang tidak mau meminta,

 

70:26 Dan orang orang yang membenarkan hari pembalasan,

 

70:27 Dan orang orang yang takut akan siksa Tuhan mereka,

 

70:28 Sesungguhnya siksa Tuhan mereka tiada dapat diamani (amat ditakuti),

 

70:29 Dan lagi orang orang yang memeliharakan kehormatannya (tidak berzina).

 

70:30 Kecuali terhadap kepada isterinya atau hamba sahaya yang dimilikinya, maka sesungguhnya mereka tiada dicela.

 

70:31 Barang siapa yang menuntut lain dari pada itu, maka mereka itu orang orang aniaya (melampaui batas).

 

70:32 Dan orang orang yang memelihara amanah dan janji mereka,

 

70:33 Dan orang orang yang melakukan kesaksian (dengan sebetulnya),

 

70:34 Dan orang orang yang memelihara sembahyangnya.

 

70:35 Mereka itulah dalam syurga, mendapat kemuliaan.

 

73:20 Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui, bahwa engkau sembahyang malam hari, kurang dari dua pertiga malam dan ada yang seperduanya dan ada pula yang sepertiganya, bersama sama dengan segolongan orang orang yang bersama engkau. Allah menentukan kadar (waktu) malam dan siang. Dia mengetahui bahawa kamu tiada dapat mengghinggakannya (menentukan kadar malam itu), maka Allah menerima tobat mu, sebab itu bacalah apa apa yang mudah di antara Al Quran. Dia mengetahui bahwa akan ada di antara kamu orang orang yang sakit dan yang lain berjalan di muka bumi, mencari kurnia (rezeki) Allah dan yang lain berperang di jalan Allah. Sebab itu bacalah apa apa yang mudah di antaranya (Quran) dan dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat dan piutangilah Allah dengan piutang yang baik (berderma). Apa apa kebaikan yang kamu usahakan untuk dirimu, akan kamu peroleh di sisi Allah kebaikan pula dan pahala terbesar. Minta ampunlah kamu kepada Allah, sungguh Allah Pengampun lagi Penyayang.

 

87:15 Dan menyebut nama Tuhannya serta bersembahyang.

 

 

 

 

 

Asal usul perkataan sembahyang

https://fb.watch/7aNKEv6qTn/

.